Tuesday, August 11, 2009

Masjid Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta


Masjid Kampus Universitas Gadjah Mada.. Semua universiti mesti ada tempat ibadatnya. Jadi saya memilih masjid sebagai topik kajian saya di Universiti Gadjah Mada ini. Sebenarnya, sudah beberapa minggu saya cuba mencari bangunan apa yang paling sesuai untuk saya kaji di Universiti Gadjah Mada ini akhirnya penantian saya berakhir. Saya bersyukur kerana saya tidak berputus asa dan Allah S.W.T masih memberi kekuatan kepada saya untuk meng'update' blog ini.

MASJID UNIVERSITI GADJAH MADA


Masjid Universiti Gadjah Mada merupakan tumpuan para pelajar universiti untuk bersolat dan semestinya penuh sesak apabila berlangsungnya solat jumaat bak kata kawan saya yang mengambil jurusan perubatan disana. Dia memberi banyak komen sehingga mengatakan bahawa masjid depan UM kita dulu jauh cantik daripada masjid di GM (singkatan Gadjah Mada) kerana tiada unsur-unsur nilai estetika yang tinggi. Masji GM cantik sebab dia baru je.

Tapi itu merupakan pendapat orang yang bukan di bidang seni maka sebenarnya mengikut pendapat saya, semestinya ade reason setiap bangunan itu dibina. pasti setiap design itu ada nilai estetika yang tinggi bagi arkiteknya. Ini kerana bukan senang untuk design bangunan yang boleh memuaskan hati setiap orang. Inikan pula bangunan yang pasti digunakan hari-hari dan digunakan oleh ramai pelajar. Pasti banyak cerita disebalik bangunan ini hari-hari.


Masjid Besar UGM memiliki design yang unik pada bentuk bangunan dan ornamen yang menghiasinya. Kemegahan masjid ini terlihat pada bentuk atap yang unik dan pengaturan landscape dengan skala landscape yang cukup besar.


Berbeza dengan masjid-masjid lain pada umumnya, masjid yang terletak pada sisi timur kompleks UGM ini terlihat unik bila dilihat secara sekilas, namun bila kita perhatikan lagi dengan mata architecture, keunikan-keunikan tersebut dapat melemahkan kekuatan designnya, khususnya design yang berkaitan dengan filosofi agama Islam.



Salah satu kekurangan dan terlihat sangat jelas adalah pada penataan landscape yang membuat masjid ini 'kurang' terlihat kemegahannya. Dengan posisi masjid yang berada beberapa meter diatas jalan raya membuat masjid ini tidak mampu memperlihatkan seluruh fasad bangunannya kerana tertutup oleh tanah didepannya. Selain itu peletakan banyak pokok disekitarnya membuat masjid tersebut lebih bersifat 'terselubung' dan tertutup. Mungkin pengaturan landcape yang demikian sudah dirancang oleh arkiteknya dengan maksud dan erti-erti tersendiri yang membuat masjid ini memiliki kelebihan tersendiri. Namun hal ini dapat ditepis oleh 'kegunaan lain' dari majid ini yang merupakan tempat peristirahatan. Hal ini membuat masjid ini lebih bersifat terbuka, atau 'terbuka bagi yang tertutup'. Maksudnya terbuka bagi yang mau beristirahat yang biasanya sendiri.

Selain itu peletakan ruang-ruang service yang ada dapat membuat pengunjung yang pertama kali datang kesana merasa bingung kerana jalur yang disediakan untuk menuju ruang service dan peletakan ruang service yang susah dijangkau oleh pengunjung.



Berbeza dengan masjid lain pada umumnya, biasanya masjid memiliki sifat 'menerima' dan 'terbuka'. Namun masjid ini malahan lebih tertutup. mungkin design yang demikian memiliki filosofi lain, hal ini membuktikan bahawa kelebihan dapat menjadi kekurangan.




No comments:

Post a Comment